Selepas Faham Tahap Kesedaran Pelanggan,

gunakan Lima Strategi Ini Untuk Hasilkan Ayat-Ayat Iklan Power.



Sebelum ni saya ada kongsi "kenapa anda perlu tahu tahap kesedaran pelanggan"  (belum baca? baca sekarang. ) Saya juga kongsi dengan anda "kenapa perlu kenalpasti dimana kedudukan produk anda sebelum jual" supaya iklan anda lebih berkesan dan sampai pada prospek yang betul.

Dua perkara penting anda dah tahu. Perkara ketiga yang perlu tahu adalah teknik atau strategi yang perlu anda guna dalam menulis iklan berkuasa setelah tahu dua perkara diatas.?

Baca dibawah,


5 Strategi Yang Perlu Anda Guna Untuk Pastikan Iklan Anda Berkesan.


1) Tawaran Secara Langsung

Digunakan pada pelanggan kita sedia ada. Sebab mereka sudah tahu tentang kita, tahu produk kita dan tahu tentang keberkesanan produk kita. Apa yang kita perlu buat hanya buat tawaran utama secara langsung.

2) Tawaran Janji 

Kadang-kadang mereka dah pecaya kita. Cuma, mungkin masih ragu-rahu disebabkan lambakan iklan yang penuh dengan janji manis buatkan merekea sedikit goyah. 

Prospek atau pelanggan macam ni perlu diberi tawaan janji yang lebih jelas. (bukan janji palsu ya!). Mereka nak sedapkan hati mereka, supaya keputusan yang mereka buat beli dengan kita adalah betul.

3) Tawaran Masalah-Penyelesaian

Bila kita dah pasti prospek kita dalam kategori tahu ada masalah tapi tak tahu apa penyelesaianya , kita boleh mulakan masalah sebaai tajuk utama. Kemudian baru penyelesaian. 

Prospek pada tahap ini tidak sama dengan dua tahap yang sebelum. Kita tidak terus bagi tawaran secara langsung dan tawaran janji.

Perlu aktifkan atau sedarkan tentang masalah mereka kemudian bagitahu peyelesaianya.

4) Tawaran Rahsia

Bermula dari sini, kita tak boleh lagi memberi tawaran secara langsung. Sebab prospek kita terdiri dari kategori mungkin separuh darinya kategori 3. Setiap tawaran adalah secara tidak langsung. 

Kita ada produk yang bagus. Tapi memandangkan prospek kita dalam kategori tahap kesedaran tiga dan empat iaitu tahap kesedaran produk dan penyelesian , perlu guna strategi ini.

Tawaran rahsia bermaksud kita menyembunyikan dulu penyelesaian atau produk. Besarkan masalah meeka dan juga bagaimana dapat selesaikan masalah tanpa bocorkan bagaimana.

5) Tawaran Sangat Penting

Lebih kepada tawaran mengejut. Juga untuk beritahu produk atau offer hanya ni hanya kita yang bagi. Orang lain tak dak. 

Sangat hebat bila digabung dengan strategi tawaran rahsia. Dan ianya digunakan secara tidak langsung.

6) Cerita 

Strategi yang paling mencabar. Digunakan pada prospek yang memang tidak tahu langsung tentang kita, tentang produk kita dan juga mereka sendiri tidak tahu masalah yang mereka hadapi. Mahir menggunakan teknik ini, anda akan jadi penulis iklan yang hebat.

Kesimpulan,

Untuk menulis iklan yang hebat , ada tiga perkara yang perlu anda mahir,

a) Tahap kesedaran pelanggan
b) Strategi Tahap Kesedaran 
c) Tahap kedudukan produk atau servis anda dalam pasaran.

Tiga perkara ini amat penting jika kita seorang penulis iklan atau pemilik bisnes yang perlu menjual sendiri. 

P.S Artikel seterusnya akan fokuskan kepada apa benda yang sebabkan wujudnya kehendak besar-besaran dalam pasaran. 
P.S.S Untuk berkomunikasi secara lebih jelas, boleh masukan nama dan email dibawah. Serius, saya baca dan respond semua email , in shaa Allah.