Bila Faham Otak Berfungsi ..

Anda Akan Dapat Pengaruhi Prospek Untuk Beli.


Ini yang diberitahu oleh seorang kawan email saya. Subjek emailnya agak ganas. "SAYA KAPITALIS" , katanya. Mungkin hanya untuk beritahu. Kerjanya adalah membantu syarikat-syarikat baru atau lama yang perlu duit untuk berkembang.

Memang dia antara kapitalis yang top. Kejayaannya hampir 100%. Dan perkongsiannya sangat menarik. Beliau kongsi teknik bagaimana beliau dapat yakinkan pelabur untuk melabur duit yang banyak pada syarikat. 

Katanya,

"Faisa, Anda Kena Faham Bagaimana Otak Berfungsi"

Bagaimana Otak Berfungsi Sebenarnya?

Ada tiga bahagian. Yang pertama dipanggil otak buaya. Kedua dipanggil otak tengah dan yang ketiga dipanggil neocortex. Objektif kita adalah supaya mesej kita sampai pada neocortex. 

Di neocortex segalanya akan menjadi mudah. Yang mencabar adalah untuk sampai disitu dari otak buaya.

Kerana mesej yang akan diterima oleh prospek akan berlegar di otak buaya. Apabila kita memahami sesuatu, mesej yang keluar dari mulut kita adalah dari neocortex. 

Tapi yang mendengar akan menerima mesej di otak buaya sebagai penapis.

Apakah Fungsi Otak Buaya?

Otak berfungsi sebagai penjaga yang akan menapis mesej yang sampai. Otak buaya akan mendengar dan berfikir. Kemudian akan cuba menyangkal apa yang kita sampaikan. Otak buaya akan cuba melindungi kita. 

Mereka akan cuba menyangkal mesej yang kita cuba sampaikan. Sebab itu bila kita menerima nasihat, kadang-kadang kita tak berapa nak dengar. Tak berapa nak terima . Sebab otak buaya kita mainkan peranan untuk sangkal. 

Antara peranan otak buaya ialah bila suatu mesej sampai tapi tidak bahaya, otak buaya akan buat tak tahu ajer. 

Yang kedua kalau mesej yang disampaikan bukan mesej baru atau menarik, otak buaya tak ambil peduli dan yang ketiga bila mesej yang kita sampaikan benda yang baru, otak buaya akan cepat buat kesimpulan dan terus lupa mesej yang terperinci.

Otak buaya ni tak mahu fkir panjang, fikir beban dan fikir secara terperinci.  Selepas ditapis baru mesej kita akan bergerak ke otak tengah dan kemudian ke neocrotex untuk buat keputusan. 

Keputusan yang telah diputuskan di otak buaya sebenarnya banyak pengaruhi keputusan akhir di neocortex.

Jadi Apakah Yang Perlu Kita Buat?

Untuk sampaikan mesej supaya otak buaya buat keputusan yang positif dan sampai pada neocortex, perlu wujudnya engagement. Ya jawapannya engagement. Untuk engage kita perlu faham bahawa otak buaya :

a) Cuba buat tak endah kalau boleh.
b) Hanya fokus pada satu idea besar yang menyeluruh.
c) Beremosi. Akan bertindak balas pada emosi yang ia dengar dan lihat. Paling ketara apabila dalam keadaan takut.
d) Fokus tidak tetap dan dalam masa yang pendek
e) Perlukan fakta yang konkrit. Itu yang ia cari.

Setelah kita faham 5 perkara diatas, baru kita boleh selesaikan masalah otak buaya ni. Supaya mesej yang kita sampaikan dapat pengaruhi prospek. Penyelesaianya juga ada 5.

a) Sediakan rangka
b) Bercerita
c) Bercerita dengan jelas, tanpa ada selindung atau tipu daya.
d) Sediakan hadiah atau tawaran mengejutkan
e) Dapatkan keputusan. 

Untuk memahirkan 5 perkara diatas perlu ada skil. Perlu belajar. Jika kita gunakan untuk menulis, perlu terus menulis dan menulis. Jika kita menjual dengan bersemuka perlu sentiasa perbaiki percakapan kita supaya masuk dalam 5 perkara diatas.

Kesimpulan

Mula dengan satu idea besar, guna teknik bercerita, selitkan dengan fakta atau tawaran yang mengejutkan, jujur dan segera beri saranan supaya prospek ambil tindakan.

P.S Jika ada pertanyaan atau berminat untuk tahu dengan lebih jelas jangan lupa masukan nama dan email dibawah. Saya baca setiap email anda. Jangan risau.