Tips Dari Lagenda Penulis Iklan .....

Beberapa tahun dulu, saya amat tertarik dengan gaya seorang legenda penulis iklan iaitu Gary Halbert. Gaya penulisan yang unik, santai serta mempunyai personaliti sendiri buatkan saya terpesona. 

Pengaruhnya menyebabkan saya terikut-ikut. Beliau menulis dengan jelas dan kadang-kadang keras buatkan saya terpaksa mengikut rentak. 

Bermula bila saya membaca 'The Boron Letters'. Ianya merupakan surat yang dihantar kepada anak beliau semasa beliau didalam penjara Boron. 

Surat ini membongkar rahsia hebat bagaimana beliau menulis surat jualan yang hasilkan berjuta-juta dollar. Dan saya membaca hampir sepuluh kali sehingga faham gaya penulisan beliau. (cerita ni kemudian).

Salah satu teknik yang beliau ajar dalam surat tersebut ialah AIDA.

AIDA adalah singkatan kepada A, Attention, I, Interest, D, Desire dan A, Action. Menurut beliau, setiap surat jualan perlu ada teknik ini dalam struktur penulisan surat jualan. Secara ringkas, 

A - Attention.

Bermaksud perhatian yang perlu kita alihkan supaya propsek kita segera membaca mesej yang kita nak sampaikan. Biasanya terletak pada 'HEADLINE'. Headline yang hebat akan berjaya menarik perhatian prospek untuk membaca ayat berikutnya.

I - Interest

Bermaksud keinginan yang perlu kita suapkan kepada prospek supaya tertarik untuk terus baca mesej kita. Buaikan perasaan mereka dengan fakta, informasi, permasalahan yang mungkin sedang mereka hadapi sekarang. 

D - Desire

Perasaan prospek mungkin sedang membuak-buak sekarang. Anda berjaya tarik perhatian mereka, supaya mereka rasa yang ini yang mereka cari dan secara tidak langsung kita telah berjaya aktfikan emosi kehendak mereka. Untuk selesaikan masalah yang mereka hadapi.

A - Action.

Arahkan saja tindakan yang perlu mereka ambil untuk miliki produk atau perkhidmatan kita sekiranya mereka ingin selesaikan masalah mereka.

Dengan memahami asas teknik AIDA bermakna anda dengan mudah berjaya gabungkan sturktur copy yang mantap untuk hasilkan surat jualan.

P.S Secara asasnya. Tapi untuk memahami dengan lebih mendalam beberapa faktor perlu dipelajari. Saya akan terangkan pada post seterusnya tentang beberapa rahsia yang sangat berkuasa yang kita boleh aplikasikan dalam penulis copy.