Jika Anda Usahawan Online Yang Menulis Untuk Menjual ....

sila jawab tiga soalan dibawah dan masalah buntu idea selesai.


Setelah membaca hampir sepuluh kali. Ulang dan ulang. Saya nampak corak tulisan beliau. Setiap surat yang ditulis tidak pernah lari dari format menjawab tiga soalan. 

Menjadikan surat jualan tersebut sangat berkuasa disamping turut menarik emosi pembaca untuk turut sama rasa.

Dengan menjawab tiga soalan juga , kita sebenarnya dapat selesaikan kebuntuan idea menulis. Kadang-kadang kita tak tahu nak tulis apa.Betul?

Nak tulis artikel dalam blog, update status facebook , update twitter dan juga mungkin website kita sendiri.

Pada awalnya kita dapat idea. Satu hari, dua hari, tiga hari dan kemudian kita buntu. Otak jem. Tersekat. Tak tahu nak tulis dah. 

Setuju? Pernah berlaku kan? Saya pun pernah alaminya. Akhirnya saya tutup dan buat kerja lain. 

Sebagai usahawan online kita mesti sentiasa kena ada idea untuk wujudkan enggagement dengan prospek atau audience kita. Terputus hubungan menyebabkan audience lari. Lebih -lebih lagi jika kita meniaga dalam media social. Tapi

dengan menjawab tiga soalan yang saya temui dalam struktur penulisan guru penulis iklan ini, masalah buntu dapat diselesaikan. 

Jadi jika anda , peniaga online yang perlukan enggement untuk menjual produk atau service anda, dan tiba-tiba tak da idea nak tulis sila jawab soalan dibawah :

a) Apa yang saya buat?
b) Kenapa saya buat apa yang saya buat?
c) Anda juga kena buat apa yang saya buat?

P.S Hanya jawab soalan diatas, masalah buntu idea menulis akan selesai.