3 Soalan Yang Perlu Ditanya ...

sebelum saya menulis iklan.


Saya nak kongsi satu cerita. Saya sebenarnya nak sambung kembali penulisan tentang tahap kesedaran prospek. Tapi tak pa. Saya tangguh dulu. Mungkin cerita ni penting. Atau sekurang-kurangnya ada ilmu yang dapat saya kongsikan.

"Tuan, saya dah tiga tahun bukak taska. Tapi masih tak untung. Cukup-cukup untuk operate aje. Kesian kat staf saya. Saya tak dapat nak bagi benefit kat diaorang", kata seseorang.

Beliau PM saya di facebook. Mohon bantuan online coaching. Dan akan usahakan bayaran. (Saya diam). 

Saya hanya jawab, saya akan cuba bantu. Beliau kata lagi, flyers dan banner juga tak memberangsangkan. Saya jawab, biar saya study dulu situasinya.

Saya cuba surf facebook page beliau, post-post beliau dan juga cerita-cerita tentang taska beliau. Saya juga bandingkan dengan pemasaran taska lain. Taska beliau

a) Adalah bisnes setempat. Disetiap seksyen dan berdekatan juga banyak taska lain. (Franchisor yang sama)
b) Target prospek hanya yang berdekatan dan sekitarnya.(sudah tentu)
c) Taska ini adalah franchise yang pemasaran diurus sendiri oleh franchisee.

Soalan saya yang seterusnya adalah,

a) Apakah cerita yang beliau cuba sampaikan dalam flyers dan banner?
b) Apakah yang membuatkan pelanggan sedia ada sekarang memilih taska beliau?
c) Apakah bezanya taska beliau dengan taska yang lain?

Ini antara tiga soalan yang perlu anda ambil perhatian kerana, jawapan pada ketiga-tiga soalan diatas menjadi faktor untuk terus bertahan dalam bisnes. 

Kerana perbezaan ini sebenarnya membantu kejayaan perniagaan anda.

P.S Perbezaan akan hasilkan gangguan dari keadaan biasa-biasa kepada luar biasa dan akan aktifkan emosi prospek untuk bersama dengan anda.