4 Teknik Rahsia Abang Ben Menjadi Penulis Hebat.

Walaupun tidak dilahirkan dengan bakat menulis.


Abang Ben ada 16 adik beradik. Berhenti sekolah ketika berumur sepuluh tahun. Orang kata beliau mempunyai pencapaian hebat dalam sejarah Amerika.

Kenapa dia hebat sangat? Dikatakan ilmu menulis beliau boleh mempengaruhi minda orang yang membacanya. 

Jadi, saya buat sedikit kajian dengan baca autobiografi beliau. Beliau menjadi kaya pada umur akhir 20 an melalui syarikat penerbitan Pennyslivania Gazzete.

Masa remaja tak bagus pun menulis. Tapi sebab tak ada duit. Tak ada guru nak ajar, beliau belajar sendiri. Dalam buku autobiography beliau ada jelaskan secara terperinci.

Jadi, siapakah abang Ben sebenarnya? Beliau adalah BENJAMIN FRANKLIN. 

Beliau bongkarkan rahsia yang dah berusia 200 tahun bagaimana menjadi penulis hebat menggunakan 4 teknik rahsia berikut :

1) Bedah dan Bina Kembali.

Umur 16 tahun, penulisan abang Ben memang teruk . Walaupun beliau tahu grammar dan ejaan, tapi tak berapa nak pandai menulis dengan jelas dan tulisan beliau seolah-olah tidak ada perasaan. 

Apa yang beliau buat ialah pilih satu majalah kegemaran beliau.

a) Pilih ayat-ayat bagus dalam majalah tersebut dan buat nota-nota ringkas berdasarkan setiap ayat-ayat tesebut.
b) Simpan nota tesebut. Seminggu kemudian baru tengok semula.
c) Tulis semula ayat lengkap berdasrkan nota-nota pendek tersebut.
d) Bandingkan dengan ayat-ayat asal dan perbetulkan jika ada salah

2) Tukar jadi Puisi.

Bertujuan nak tambah vocabulary. Ini yang beliau buat,

a) Tukarkan cerita jadi puisi.
b) Simpan dan seminggu kemudian baru tengok semula.
c) Tukar kembali puisi tersebut jadi cerita.

Kata kunci ialah ulang dan ulang untuk alami perubahan dalam penulisan anda.

3) Faham Sturuktur.

Bertujuan macamana nak susun setiap pemikiran dalam satu-satu ayat. Apa yang beliau buat ialah

a) Ambil nota daripada latihan yang pertama diatas. Campur adukan dan bolak balikan susunan nota tersebut
b) Tinggalkan untuk beberapa minggu.
c) Susun balik ayat-ayat tersebut sedaya upaya.
d) Bandingkan semula dengan ayat asal.

Latihan ini kata beliau membolehkan anda paham struktur dan  tahu macamana nak buat struktur ayat.

Wow! Memang banyak kerja nak kena buat. Sebab itu Abang Ben kata, nak buat yang tiga diatas kena tahu rahsia yang ke empat. Iaitu ibu rahsia.
 

Baca dibawah,

4) Rahsia Sebenar Untuk Buat Tiga Diatas. (Ibu segala rahsia)

Abang Ben kata, beliau buat semua ni pada waktu malam, selepas kerja dan awal pagi. Memang beliau peruntukan masa tersebut. 

Kata beliau rahsia keempat ni paling penting. Tanpa rahsia ni, semua latihan diatas tak akan berjaya.

Apakah ibu rahsia kepada 3 teknik diatas?

Jawapanya ialah TAKSUB.

Kata Abang Ben kalau tak taksub, latihan diatas akan jadi sia-sia. Sebab? Kita akan mudah putus asa atau hilang semangat. 

P.S Semoga anda semua bersemangat untuk mencapai apa yang anda cita-citakan.